Saturday 31 December 2011

Tafsir Mimpi Menurut ISLAM

Assalamualaikum w.b.k.t

Tajuk kali ni, saya nak kongsi pasal MIMPI
Mimpi tu mainan tidur.. tapi mimpi tu jua kadang-kadang membawa petanda yang tertentu. 
Menurut ajaran Islam, Mimpi juga boleh ditafsirkan sbg pembawa petanda atau alamat tertentu. 


Disini saya nak kongsikan beberapa jenis mimpi2 yang biasanya kita dengar atau alami




1. Mimpi Ular
Tafsir : kalau anda belum bernikah dan mimpi digigit ular, alamatnya akan mendapat jodoh

2. Mimpi potong rambut
Tafsir : anda akan bercera dengan isteri

3. Mimpi menyelam
Tafsir : Jika anda mimpi menyelam kedalam sungai yang airnya sejuk, bermakna anda akan beroleh nikmat dunia dan akhirat.

4. Mimpi Harimau
Tafsir : Jika anda mimpi harimau datang kepada anda alamatnya anda akan beroleh kehinaan

5. Mimpi dililit ular
Tafsir :: Jika anda mimpi dililit ular seluruh badan, menandakan sesuatu yang buruk akan berlaku

6. Mimpi dikejar
Tafsir :: mimpi dikejar atau diikuti oleh pemuda bermaksud anda akan berjumpa dengan musuh

7. Mimpi Gigi
Tafsir : mimpi gigi patah menandakan ada kematian


******************************************************************************

Menurut Imam Ibnu Sirim dalam bukunya Tafsir Mimpi Menurut Islam berkata,
Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah saw tidak bermimpi melainkann mimpi baginda menjadi kenyataan.Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakanberita yang disebarkan oleh syaitan.

Dalam sebuah hadith Nabi saw telah bersabda. 
Maksudnya : Mimpi yang benar dari Allah dan mimpi yang buruk dari syaitan. 
(HR Al-Bukhari dan Muslim)



Sources :

Wednesday 28 December 2011

Alaa ape ni kutuk-kutuk kite? OOppss!

SENYUM itu satu SEDEKAH 


ASSALAMUALAIKUM w.b.k.t


Topik saya kali ini, rasanya penah terjadi kepada semua org.. 

Paling tidak sekali dalam seumur hidup. Samada dalam sedar.. atau pun separuh sedar. 
Dalam pada masa yg sama sy juga mengingati diri sendiri :D

HAPPY READING & HAPPY SHARING :D

“Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa"
Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati”

I’m so confused..
Kenapa orang kecil kan hati kita, kita pulak yg berdosa?
Then I asked my dad what’s that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa.
Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa.
Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.
Anak: uiikk.. tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?
Ayah: Kerana orang yg menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak: *blur
Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia.
Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.
Anak: Ooooooo… ook….
Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia,…..” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.
Anak: *termakan cili

entry ni saya kongsi dari Blogger juga. ni Link Blog dia http://lukisanduniaku.wordpress.com

Untuk memperkuatkan lagi nukilan dia, saya cari la Himpunan hadis Al-Quran

Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud: 
"sesiapa yg menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripadanya pasa hari kiamat."
Hadith riwayat Ahmad dan Tarmizi
Huraian :
memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yg memalukan, menyatakan kekurangan org secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yg sangat dilarang oleh Allah SWT. 
Sesiapa yg mencaci org lain, sama la dengan mencaci dirinya sendiri. Sebaik-baiknya selaku umat Islam, kita kena hormat menghormati. Justeru, kalau kita mendengar celaan, sepatutnya bertindak melindungi sekalipun seseorang yg dicela itu mmg telah melakuakn sasuatu dosa yg mengaibkan kerana kemumgkinan org itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yg berbuat demikian ganjarannya adalah besar di akhirat kelah. Insyaallah :D



so the conclusion is..
Jangan mudah terasa hati..
Maknanya kita tak redha dengan Allah..
Nanti Allah pun tak redha dengan kita.. Na’uzubillah.

p/s:  di sini saya ingin megambil kesempatan..mohon maaf kepada semua sahabat-sahabat yang mengenali diri saya…andai ada yang terguris perasaan sepanjang persahabatan kita….maaf ya… ^_^

Friday 16 December 2011

Dear Diary.. Im just sick of all this.

Dear Diary,



Hadapi dengan senyuman!
I am very tired these days. i have a lots work to do. sometimes, i felt like i want to quite. i think i cannot continue my study anymore. i have dilemma between study and work. i have to go to work, because i need money to survive here. but my priority is study. of course. but recently i noticed that study is no more my priority. u know what? i think i already make a mistakes when i more focusing on my work. i cannot manage my time very well. i am very disappointed with my self.




u know what? my closed friends are always asked me what is my problem. but u know what? i actually dont know how to explain to you my dear friend. sometimes, i felt i want to tell you and shared my problems, but i dont know how to start. there's too many problems i want to share with you, but i dont know whether u are ready to spend your time to hear my problems or not. 


this is my bad. even though i am a communication student. i also dont know how to make a better communication. even though i learn interpersonal communication, i even don't know how to practice it when it appear in my real life.   


Dear diary,


do you feel how frustrated i am? what should i do? i am totally lost. i am alone. i am tired. i am upset and  i am sick of all this. oh my god. tears in not my medicine anymore. i cried all night, but it doesn't change anything. it wont heal at all. 

Friday 2 December 2011

zaman dulu-dulu PART 1



~Budak-budak yg lahir pd thn 70/80/90an msti ingat mase skolah rendah dulu~


dulu cakap kat ayah nak beg macam ni,
tapi sampai ke  sudah dia tak belikan. sadiss!



* kat skola ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list, esok mintak duit

 beli walaupun cerita buku tu dah tau. salesman susu pon camtu gak. 

* kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. 

bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku.

 * RMT kat skola ...mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm 

* gosok gigi ramai2 kat tepi longkang. tak bawak berus gigi, gosok pakai jari. HAHA!

 * pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die. 

* main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam! 

* pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu. 

* cikgu pakai pembaris kuning pjg. 

  Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ.

 * bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan. 

* time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. 

ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la. 

* main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape. 

* jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca. 

* takut BCG tp lepas inject poyo la pulak.

 * balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak.

   Beli se mata2 nak mainan,coklat die x mkn pon. 

* Kasut berlampu kat tapak,yg iklan die kat tV bole tembak alien tu.

 * time waktu sekolah, org len bawak buku, kebanyakkan kite

 bwk keta dash, tamia pastu men dlm longkang. 

* Siri kartun; power rangers, ultraman, ninja turtles, Thundercats,

 dragonball, Gaban, sailormoon dan mcm lg.

* kite up sikit, bawa anak patung barbie main time rehat. hihi

* pakai beg ada roda. seret kat jalan, berbunyi. kalau nak pilih kartun yg 

   best macam ultramen.  haha :P


 jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni.

 asyik ngadap tv n ps huhu~ni la baru zaman kita kwn2 share2 r kt mmber2 korang. 

msti diorg tsengeh2 bace mende nih..huhu!!!


#thanks to my friend Nurul Nadia sebab kongsi untuk post ini.

.Nadia kawan baik saya. 

add la dia kat fesbuk dia kat link ni (Nurul Nadia) #

Wednesday 30 November 2011

kesalahan kecil @ kesalahan besar ?


Assalamualaikum
Pembuka bicara,
 semoga apa yang saya cuba sampaikan ini dapat dikongsi bersama


*saya suka posing ta kira tempat asalkan boleh*


*SALAH KECIL @ SALAH BESAR*


awak pernah buat salah?
saya pun pernah.

awak pernah cari masalah?
saya pun pernah.

awak pernah ditimpa masalah?
saya pun pernah.


buat salah, cari masalah dan akhirnya ditimpa masalah. 
beban keatas masalah yang terjadi keatas kita

sama je weh, semua orang buat salah
ada yang bosan-bosan tak de keje, pegi cari masalah
pon ada juga spesis yang macam nih


kadang-kadang kita da tau apa yang kita buat tu adalah kesalahan tapi sengaja la pegi cari pasal dan akhirnya akan mendatangkan masalah pada diri kita sendiri jugak.

*PEGI CARI MASALAH sape suruh!

Bagi sesetengah orang, dia masih boleh terima kalau kita buat salah

tapi sesetengah je, yang selebihnya tak boleh

walaubagaimanapun, bukan semua kesalahan yang boleh diterima dan dimaafkan.

1. kesalahan yang kecil
*masih boleh dimaafkan, Insyaallah.

2. kesalahan yang sama dan berulang
*tengok la weh, bole ke terima kalau kau asyik ulang benda yang sama. BOSAN ok!

3. kesalahan yang besar
*bole la maafkan, tapi makan dalam la weh. 
simpan dalam hati la. silap-silap tak bole dimaafkan terus!


KESIMPULAN NYA

salah kecik atau salah besar
HAKIKATNYA
kedua-dua nya tetap kesalahan

tapi..

layak ke kita sebagai manusia untuk menghukum?
aku rasa tak bape nak layak laaaa
sebab kita sendiri pon sedang melakukan kesalahan
*dalam sedar & separuh sedar
kita hamba Allah yang tidak sempurna dan penuh dengan khilaf

bagi aku, hanya Allah SWT yang mempunyai hak 
sepenuhnya untuk menghukum
dan hanya Dia yang berhak menilai 
baik atau buruk nya seseorang tu

kita pula sebagai hambaNya belajar lah daripada 
kesalahan orang lain
bukan nya menghentam dia balik

Allah SWT tak kan menjadikan sesuatu hal dimuka bumi ini untuk saja-saja. Ada sesuatu yang cuba Dia sampaikan. kalau awak faham, Alhamdulillah.. Belajar lah dari musibah yang berlaku disekeliling kita

Nauzubillah. 

#sekadar berkongsi sambil menasihati diri sendiri#







Sunday 20 November 2011

In the name of Friendship (T.T)

Hai kawan-kawan
kali ni YuYu nak kongsi cerita
cerita luahan perasaan

kalau orang tengok YuYu mesti akan cakap
"waa best la kau YuYu ada ramai kawan, happening je hidup kau"

tapi dalam Happening tu, aku ni pening sorang-sorang
pening memikirkan kawan-kawan yang lain

YuYu sangat mementingkan persahabatan
yela dah duk bujang ni, jauh dari parents, kira kawan-kawan la yang menjadi peneman

tapi ni luahan hati terhadap rakan-rakan yang da semakin menghilangkan diri

saya ada kawan, kitorang x de la rapat sangat. kenal dalam setahun je baru. pun bukan kawan semasa susah, sebab dia jarang pon susah.. selalu senang je. so selalu bersama dia time senang je lah. 

tapi x kisah la kawan time susah ke, time senang ke, kedua-dua situasi tu penting bagi saya
dulu kitorang rapat. ermm boley la.. selalu jugak keluar bersama. then bila sekarang 
bila dia da start kerja (pendek kata da berjaya and masyuk laa) dia da mula jauhkan diri dari saya

sy tak tau la dia memang nak jauhkan diri, atau dia terlalu sibuk dengan kerjaya dia
tapi kawan-kawan saya yg lain pon kerja jugak, still ada masa bila nak kuar lepak.

tapi kawan saya sorang nih. hmm saya paham la kalau dia terlalu bizi sbb dia pon baru nak membina kerjaya, tapi tak kan nak ajak lepak minum kat kedai mamak pon tak de masa kan. penah sekali dia janji nak lepak ngan saya. excited saya tunggu. tapi kesudahan nya dia pon diam mcm tu je. sadis betol!

ada beberapa kali saya ajak dia keluar lepak, tapi dia cakap bizi. so saya paham la. pastu saya ada try tanya lagi beberapa minggu lepas tu. still jawapan yang sama. bagus la awak buat saya rasa tebal muka je kan. macam terhegeh-hegeh pulak nak sangat lepak ngan awak.

kalau korang nak pertikaikan, kenapa aku terhegeh-hegeh je nak lepak ngan dia? 
ni jawab aku

aku sayang kan hubungan persahabatan aku. tak kira la kawan aku ni jenis yg macam mana. aku pon bukan nya hebat sangat. tapi x tau la kalau kawan aku ni terlalu hebat sampai da tak sudi nak kawan ngan aku lagi. sibuk katanya. aku msg skg pon dah x reply. tapi aku tengok fesbuk dia bila kawan-kawan yg lain post bebalas je. 

korang mesti pelik kan? nape, da jatuh cinta ke kat kawan aku ni sampai tercari-cari dia
ni jawab aku

hello, kawan aku ni PEREMPUAN oke. 
tak mungkin aku nak jatuh cinta kat perempuan. ye, perempuan. kalau dia lelaki aku bole la terima dia reject tiap kali aku ajak dia keluar, mungkin sebab nak jaga hati awek nya. tapi kawan aku ni perempuan, teman sebantal dulu laaaa. aku pon tak paham. 
takpela kalau dia da x nak kawan ngan aku pon. still ada lagi kawan2 aku yg lain, cuma terkilan la kawan aku sorang ni buat perangai camni. 

_________________________________________________



FRIEND COMES AND GO
but for me, no matter what my friend looks like, im gonna accept them as much as i could
this is how friendship should be.

thanks my friend for treat me like this
and now i understand what is meaning of LIFE. 

_______________________ THE END _____________________


Sunday 13 November 2011

Two weeks of struggle and happiness

Assalamualaikum

da terasa lama tak godek-godek blog nih
nasib baik belom bersawang lagi nih

lately bizi sangat sangat start dari cuti sebelom raya
sampai la ke hari nih
so meh yuyu cite kan serba ringkas apa yang yuyu da lalui selama beberapa minggu nih


1. cuti raya paling panjang (2-8 Nov 2011)


Balik kampong kat Kedah.. buat cuti sendiri, HAHA memey la kan nasib baik dapat bos yg sporting. sebelum balik umah, sempat lagi la singgah Sunggai Petani jumpa my BFF, Syamsinar Sapari. Lepas uh baru balik kampung, lepak ngan family sampai la hari raya! ni antara gambar masa yuyu kay kampong!

me + syams :D


2. dating oh dating (9 Nov 2011)

actually balik je dari kampong, elok masuk je Rawang. tetiba enpon Samsung Galaxy aku berbunyik-bunyik. ouh.. dapat message. kekaseh hati ajak dating lah pulak. hehe dapat la kitorg lepak kejap (act, smp matahari terbenam la jugak) kat port biasaa. hehe nak tengok gambar ke?

*TAK PAYAH LA, NANTI KONTROVERSI PULAK*


3. event lagi!! (10 Nov 2011)

balik je Shah alam, terus lah esoknya ada event. Symsposium of academia and bla..bla..blaa (ape tah nama dia panjang sangat) . hehe best jugak walaupon agak kelam kabot. dapat la kenal dengan kawan baru kan! nah tengok la gambar yg x seberapa nih

Symposium in collaboration with ICAN UiTM 


A snap during the event



4. lagi-lagi event! (11 Nov 2011)

bos saya sgt memahami saya sebab uh dia suka bagi saya kerja-kerja luar. haaa lepas satu... satu event kan. besok nya saya kena attend meeting kat Putrajaya International Convenction Centre (PICC). 
adoi macam meeting dengan Perdana Menteri la pulak kan! nah tengok la gambar merepek yg x de laitan ngan meeting pon!

dengan akak n abang se perjuangan kat opis. yeay! saya paling muda!


view depan PICC cantik kan!

5. nasik minyak (12 Nov 2011)

ni la kebetulan namanya. saje balik Gombak then dapat jemputan kenduri kawen kat Batu 12, Gombak. kenduri kawan kepada kawan. waaaa best lohh ada pertunjukan silat. ada flower girls yg comel & opkos pengantin yg cantik sangat! tapi malas la nak tunjuk banyak gambar. so tengok the best picture je la ok :)

this is the best picture oke!


ototot tomey nya pengantin + flower girls tuh!




haa... penat tak baca? abes yuyu combine la sekali. hehe best tak hidup cam ni. best sebab happy sangat dengan org yg sekeliling. tak de la rasa sunyi, setiap masa terisi

tapi seronok tu.. seronok jugak.
dengar nih pepatah yg yuyu cipta sendiri. 


" kita suke..kita gembira..kita ketawa
tapi berapa ramai yang suka tengok kita ketawa
sebab hakikatnya lebih ramai yg suka tengok kita menangis "

# sayasayangkawankawansaya
jangan porak perandakan hidup kami

Sunday 6 November 2011

Erti sebuah pengorbanan



BERKORBAN APA SAJA


yang mengorbankan, bekorbankan apa sahaja

yang dikorban, merelakan tanpa berkata apa

yang menghadapi, bekorban dengan keterpaksaan

yang melihat, merasai pengorbanan

yang merasai, merintih kesayuan

yang merelakan pengorbanan, menangis tak tertanggung


si isteri mengorbankan jiwa raga untuk suami tercinta

si anak mengorbankan masa untuk menggapai cita-cita si ayah

seorang muslim bekorban kejalan Allah

si kakak mengorbankan masa depan nya untuk si adik

si perwira bekorban demi tanah air tercinta

sang kekasih mengorbankan hati perasaanya demi kebahagiaan pasangannya



#walau apa pun pengorbanan yang telah anda lakukan
lakukan nya dengan hati yang ikhlas
tunaikan dengan restu dari Nya
insyaallah
membuahkan hasil
&
diredhai Allah SWT
dan keberkatan yang tak terhingga!

~INSYAALLAH~



Salam Aidil Adha
Maaf Zahir & Batin