Tuesday 10 April 2012

Terukir di Bintang


my sweet heart :)
"i may not be able to give what you want but i will give you what you need, soon"

I dedicate this song special for my both sisters, Safila & Shamira
You guys know how much your kakak love you.


Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayang kan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
kan ...  kamu

Sayang ku jangan kau persoalkan siapa di hati ku
terukir dibintang tak mungkin kan hilang cinta ku padamu.


song by YUNA










Sunday 8 April 2012

Kerja Partime

Hai kawan kawan

semester ni, seperti biasa aku akan cari kerja partime lah
macam biasa, taknak la susah kan mak bapak
sebab mak bapak aku takde la banyak duit sangat 
nak kasi kat aku bulan bulan kan.

nak mintak kat adik no.2 tu
dia pulak sekarang tgh pregnant anak sulung
so lepas ni memang banyak duit dia nak pakai la kan

so rezeki aku agaknya
kawan aku offer kerja kat satu butik di Shah Alam
Alhamdulillah..

pehhh firstime ni aku kerja kat butik yang amek tempahan baju
agak kekok la, sebab sebelum ni kerja kat kedai2 biasa je

kat sini aku kena tau jenis2 kain, mcm mana nak jual material, nak promote

hari pertama, bos aku suruh aku jahit manik kat baju n tudung
mcm mana ntah dia mcm tau je aku ni tau jahit manik
and dia pun suka. 

aku kerja 8 jam. 
so selalunya time aku balik  kerja lebih kurang jam 10 malam
pehh mmg terasa la balik kerja 10 malam
sebab balik tu dah mengantuk and nak tidur je terus
and kadang-kadang takde masa la nak layan kawan kawan aku. even kat FB or Twitter. sbb bila aku bukak je aku cuma baca notification, x sampai 30 minit aku da off.


aku start 6/4/2012 maksudnya kalau hari ni aku kerja da masuk hari ke-3 la
tapi aku tak tau la aku OK ke tak kerja kat situ
ape pun aku cuma berdoa agar Tuhan tu sentiasa permudahkan segala urusan aku
sepanjang aku bekerja kat sini. Amin. :D

Thursday 5 April 2012

Paku, Luka dan Parut.

Anda seorang yang pemarah? panas baran? cepat naik angin?


Apa anda akan buat bila anda naik angin?
mengamuk? menengking? 
paling tidak pun anda akan keluarkan kata-kata kesat


Anggap sifat pemarah itu sebagai "paku"
setiap kali anda marah, ketukkan paku itu didinding
setelah sekian lama, sehinggalah anda dapat mengawal rasa marah
atau pun perasaan panas baran itu telah hilang
anda cabut satu per satu paku yang tertanam didinding


Apa yang anda dapat lihat didinding itu?


Dulunya dinding yang licin dan rata, 
kini dipenuhi dengan lubang-lubang kesan paku


Apa kaitannya dalam kehidupan kita?


Sekali anda marah,anda akan lepas kan rasa marah itu pada sesuatu 


Suami melepas kan pada isteri
isteri melepaskan pada anak-anak
anak-anak melepaskan sesama mereka adik beradik


Dan begitulah sebaliknya.


Tapi apa yang terkesan?


Rasa marah, caci maki hamun yang dikeluarkan semasa kita marah itu
akan terkesan dalam diri orang yang terkena. 





Sebagai contoh :


Suami isteri bergaduh, kemudian rasa marah itu dilepaskan pada anak-anak
marah marah, aku terasa. simpan dalam hati tau!!
anak -anak akan rasa dirinya tidak disayangi, akan nampak perangai sebenar ibubapa yang panas baran
walaupun lama-kelamaan siAnak akan memaafkan ibubapa,
tetapi jauh disudut hati mereka, mereka menyimpan dendam atau rasa tidak puas hati.




Rasa dendam, kecewa,  sedih dan tidak puas hati itu 
umpama lubang-lubang yang terhasil daripada paku yang di cucuk didinding.


Sebanyak mana pun maaf yang anda pinta, kesan nya masih berbekas.
mereka mungkin memaafkan anda, tetapi luka nya masih terasa dan berparut. 

Tuesday 3 April 2012

A case study : Si Pesalah dan Si Tukang Judge

Bila orang buat kesalahan, cepat je kan manusia ni judge
ada insan yang terpaksa melakukan sesuatu yang dianggap berdosa
walau apa pun sebab dia melakukan sesuatu kesalahan tu mesti bersebab


CONTOH nya :


"seorang makcik yang dah berusia 52 tahun ditangkap di satu kawasan lorong gelap dipercayai terlibat dengan kes pelacuran. makcik tu dah bayak kali ditangkap atas kes yang sama tapi tak serik dan masih mengulangi perbuatannya. makcik tu mempunyak 6 orang anak dan yang paling bongsu baru berumur 7 tahun. mak cik ni menggunakan duit hasil perbuatan melacur untuk menyara anak anak nya."


di atas adalah satu contoh situasi. 
TERUK kan mak cik tu dah tua tua pun nak melacur lagi. 
(ni la ayat nak JUDGE org)


tapi makcik tu mesti ada sebab kan nape dia buat macam tu?


1)  Kadang-kadang kat tempat bekerja ada syarikat yg limitkan umur pekerja, padahal masih banyak manusia kat luar sana yang perlukan pekerjaan, dan mereka tak kisah pun tahap kesukaran kerja tersebut,


2)  Kerana dia juga terdesak memerlukan duit. maybe sebab ni makcik tu amek jalan mudah untuk terlibat dalam pelacuran. anak anak dia masih kecil kan? mana dia nak cari duit nak  tampung hidup? sekarang nak makan, beli barang semua dah mahal. 


3) Maybe makcik tu ada masalah peribadi, atau dia dah tak diterima masyarakat, dah tak bole nak bergaul dengan masyarakat biasa? 


Atau? itu balasan atas kesilapan lalu? siapa tau masa muda dia macam mana kan


Walau apa pun yang dia lakukan. walau apa pun sebab yang diberikan. itu semua antara dia dan Tuhan. kita sebagai manusia boleh ambil ikhtibar je kot dari apa yang terjadi? 


Ambil yang baik, yang tak baik tu tak payah la nak ikut. kata korang orang bijak cerdik pandai, mesti la tau pikir mana baik dan buruk kan. dan kita sebagai manusia biasa ni tak payah la nak judge orang lain lebih lebih. tak takut ke kalau apa kita cakap kat orang tu berbalik pada diri sendiri. maybe anda titdak akan terlibat dengan aktiviti kotor, tapi anak-anak anda? generasi akan datang anda? 


Lebih baik kita berdoa kepada yang terjerumus tu supaya Allah ampun kan dia dan buka hati nya kembali ke pangkal jalan, sambil berdoa supaya diri kita, keluarga dan generasi seterusnya dijauhi benda benda tak elok ni. 


#no heart feeling ye. PEACE :)

Monday 2 April 2012

I miss you, LOVE

Bila ada, kita tak hargai.
Dah hilang baru nak tercari cari.
Macam ni lah lumrah bila berhubungan.


Redha dengan ketentuan Allah. Ada hikmahnya disebalik setiap apa yang berlaku.
Kalau dah ditentukan dia bukan untuk kita maka tak perlu la kita melawan takdir tu


ada hikmahnya kenapa dia bukan milik kita
kadang kadang Allah SWT hadirkan insan dalam hidup kita
bukan sebagai insan yang akan bersama kita sampai ke hujung hayat
ada kalanya Allah hadirkan seseorang itu 
adalah untuk mengubah kita untuk menjadi yang lebih baik dari yang sebelumnya. 


ataupun kehadiran nya adalah untuk membimbing kita
ataupun untuk memberi kita pengajaran 
bahawa apa yang kita nak, tak semestinya kita akan miliki
bahawa kuasa Allah SWT tu lebih besar. Sekali Dia cakap YA tiada siapa yang dapat berkata TIDAK.


macam ada satu pepatah inggeris ni


" Dont be afraid if you loose something Good, because it will be replaced with something Better"

Sunday 1 April 2012

Apa yang best dengan TWITTER?


Welcome to TWITTER.
Find out what's happening, right now, with the people and organizations you care about  


Banyak kan social networking yang ada sekarang, dulu popular dengan My Space, lepas tu Facebook. 
Macam macam ada lagi. Ada satu lagi laman sosial yang sangat panass iaitu TWITTER

TWITTER ni best sebab TimeLine dia laju je dan lebih update. kita boleh follow artis, group, celebrities, company atau sesiapa je. Jangan tak tau TWITTER lebih pantas daripada FACEBOOK. tapi setiap satu tetap ada kelebihan masing masing. Kalau bab bab nak bergossip, rasanya TWITTER lagi best and personal kot!

Di TWITTER anda juga bole private kan account anda, so sesiapa nak follow kena lah dapat approval dari pemilik account dulu. lebih safety kan? anda boleh kawal sapa follower anda. 

Bagi saya, yang paling best nya TWITTER ni ialah bila ada sesuatu yang terpikir dalam minda contohnya bila saya rasa ada sesuatu yang nak diluahkan, saya akan tweet je lah sesuka hati saya. dan bila Timeline tuh bergerak, saya rasa seolah olah apa yang saya dah luahkan tadi dah pun berlalu. so dah x de nak baca balik and buat sakit hati. kalau macam FACEBOOK sekali anda post, itu je yang anda akan nampak kat wall, selagi la anda tak remove post tersebut.

TWITTER ni sesuai la bagi mereka yang suka information yang lebih pantas, update and terkini. Kalau di FACEBOOK anda boleh LIKE dan SHARE, di TWITTER anda boleh FAVOURITE and RETWEET. 

saya pun masih baru di TWITTER tapi saya semakin menggemarinya sekarang. 

apa apa pun gunakan teknologi sebaik baiknya, tak salah nak meluahkan di mana mana pun, asalkan tidak lah terlalu over sampai boleh memudaratkan dan membuatkan kawankawan yang lain pun terasa kan. 


ni link TWITTER saya, sila lah FOLLOW :)


let's tweet today!