Showing posts with label friendship. Show all posts
Showing posts with label friendship. Show all posts

Sunday, 20 November 2011

In the name of Friendship (T.T)

Hai kawan-kawan
kali ni YuYu nak kongsi cerita
cerita luahan perasaan

kalau orang tengok YuYu mesti akan cakap
"waa best la kau YuYu ada ramai kawan, happening je hidup kau"

tapi dalam Happening tu, aku ni pening sorang-sorang
pening memikirkan kawan-kawan yang lain

YuYu sangat mementingkan persahabatan
yela dah duk bujang ni, jauh dari parents, kira kawan-kawan la yang menjadi peneman

tapi ni luahan hati terhadap rakan-rakan yang da semakin menghilangkan diri

saya ada kawan, kitorang x de la rapat sangat. kenal dalam setahun je baru. pun bukan kawan semasa susah, sebab dia jarang pon susah.. selalu senang je. so selalu bersama dia time senang je lah. 

tapi x kisah la kawan time susah ke, time senang ke, kedua-dua situasi tu penting bagi saya
dulu kitorang rapat. ermm boley la.. selalu jugak keluar bersama. then bila sekarang 
bila dia da start kerja (pendek kata da berjaya and masyuk laa) dia da mula jauhkan diri dari saya

sy tak tau la dia memang nak jauhkan diri, atau dia terlalu sibuk dengan kerjaya dia
tapi kawan-kawan saya yg lain pon kerja jugak, still ada masa bila nak kuar lepak.

tapi kawan saya sorang nih. hmm saya paham la kalau dia terlalu bizi sbb dia pon baru nak membina kerjaya, tapi tak kan nak ajak lepak minum kat kedai mamak pon tak de masa kan. penah sekali dia janji nak lepak ngan saya. excited saya tunggu. tapi kesudahan nya dia pon diam mcm tu je. sadis betol!

ada beberapa kali saya ajak dia keluar lepak, tapi dia cakap bizi. so saya paham la. pastu saya ada try tanya lagi beberapa minggu lepas tu. still jawapan yang sama. bagus la awak buat saya rasa tebal muka je kan. macam terhegeh-hegeh pulak nak sangat lepak ngan awak.

kalau korang nak pertikaikan, kenapa aku terhegeh-hegeh je nak lepak ngan dia? 
ni jawab aku

aku sayang kan hubungan persahabatan aku. tak kira la kawan aku ni jenis yg macam mana. aku pon bukan nya hebat sangat. tapi x tau la kalau kawan aku ni terlalu hebat sampai da tak sudi nak kawan ngan aku lagi. sibuk katanya. aku msg skg pon dah x reply. tapi aku tengok fesbuk dia bila kawan-kawan yg lain post bebalas je. 

korang mesti pelik kan? nape, da jatuh cinta ke kat kawan aku ni sampai tercari-cari dia
ni jawab aku

hello, kawan aku ni PEREMPUAN oke. 
tak mungkin aku nak jatuh cinta kat perempuan. ye, perempuan. kalau dia lelaki aku bole la terima dia reject tiap kali aku ajak dia keluar, mungkin sebab nak jaga hati awek nya. tapi kawan aku ni perempuan, teman sebantal dulu laaaa. aku pon tak paham. 
takpela kalau dia da x nak kawan ngan aku pon. still ada lagi kawan2 aku yg lain, cuma terkilan la kawan aku sorang ni buat perangai camni. 

_________________________________________________



FRIEND COMES AND GO
but for me, no matter what my friend looks like, im gonna accept them as much as i could
this is how friendship should be.

thanks my friend for treat me like this
and now i understand what is meaning of LIFE. 

_______________________ THE END _____________________


Sunday, 30 October 2011

my precious time with my bestfren!


nak cite ni semalam aku kuar la ngan kawan2 aku
cuaca panas sgt, so tajuk nya sesuai la kan

~semalam yang hangat~

jauh perjalanan aku semalam tau! sebelum jumpa kawan2.. aku g Puduraya dulu.. 
Beli tiket balik RAYA HAJI. Awal gile la aku book kan. ha korang bole cuti panjang2 mcm aku.
 TAK DE kan? hehe


*RM 36 satu hala, pegi balik sekali makan nak la siap RM100. KOPAK!!*


pastu naik LRT lepak kat time square, jumpa la my bestfren Wawan. haa. yg lagi 2 org kekaseh uh pegi tgk movie tak nak tunggu kitorg kan. hais! then g la lepak kat Marrybrown ngan Wawan, peh x sedap pon. 
dah la tagline makanan nye pelik

"SEJUK-SEJUK MANIS"

apekah??


lepas makan kitorang pegi lah 

KARAOKE!

*oke sape x dapat join jangan JELES!

penat lah melalak, Aqem la paling feeling. tgk gambar dia nih

*FEELING kan? sumpah x tipu


penat woo~ dua jam kitorag melalak kat KTV uh, kitorang pown 
 berjalan ke Kitaro Bukit Bintang, tempat wajib kena singgah kalau kitorg lepak. 

Makan lagi. Megi goreng, teh ais & Chicken wings!

"abes camne aku x GEMUK asek makan je"

da lepas makan, time tok berpisah. BERPECAH sebenarnya. Aqem ngan Eylla dia balik.

aku ngan wawan pulak sambung la berjalan-jalan kat

PAVILLION KL !

*da mention tadi ek, jalan je. bukan nye SHOPPING ~

kitorang berdua pon berpisah la kat Monorail Imbi. 
 cedey jugak tapi.. woo tapi best sgt.

suke sangat kawan2 saya
diorg selalu buat saya ketawa!

*dia cakap, dia ketawa (wawan suhaimi, 2011)*

erk. okay la hopefully korang pon happy bersama kawan2 di hari minggu. 
muaks !!



SEMALAM sangat HANGAT. 
SAYA SAYANG KAWAN2 SAYA. muahx!