Thursday, 29 March 2012

Blog saya berwajah baru!

Assalamualaikum, selamat kembali!

Today disebabkan free sangat, so sempat lah godek godek blog ni. 
Da lama terpikir nak setting lain, tukar background masukkan gambar and widget dan banyak lagi, tapi almaklumlah terlampau BZ sampai nak update post pun tak sempat

Semenjak rasa da matang sikit ni, yuyu da tukar lah tema dari kanak-kanak ceria kepada corak yang lebih class dan kewanitaan (pada pendapat saya lah)

Background pun color lembut and tak banyak color yang digunakan. based hitam, putih dan kelabu aje. 

Actually banyak lagi nak tukar ni, tapi maybe nextime lah pulak. Macam free aje nak belek Blog ni setiap masa kan!

So enjoy! semoga mata korang tak de lah semak nak membaca.

do leave comments on my new Blog's image. TQ :)

Hati seorang wanita.





WANITA terkenal dengan sifat nya yang penuh emosi
salah faham sikit, boleh bergaduh
benda kecik boleh dibesar-besarkan


Kena cuit sikit, dah menangis
kena herdik sikit, dah terasa down gila


Hati wanita ni keras macam batu
tapi sekeras-keras batu, lama- lama dititik air, berlekuk juga jadinya


Ada yang cakap


Hati wanita sekeras kerak nasik
tapi direndam air lembut jugak jadinya


Sekeras-keras besi
diketuk-ketuk melentur jugak akhirnya.


Akan tetapi, sekeras-keras hati wanita lebih sinonim lah wanita ini, lebih sinonim dengan kelembutan yang dimilikinya. 


Hati wanita ibarat kaca. Nampak keras. Tapi mudah sangat pecah. Bila dah hancur, berkecai bukan senang nak cantum balik. Andai dapat dicantum balik, tidak akan sempurna bentuknya. masih terdapat kecacatan. Masih ternampak jelas lubang lubang yang kosong


Wahai Lelaki, fahamilah hati Wanita anda.


Ibu, Nenek, Kakak, Adik dan Hawa milik Adam yang hakiki. :)

Sunday, 25 March 2012

Kematangan yang seiring dengan Kedewasaan

semakin aku dewasa ni, mcam macam aku belajar pasal kehidupan

pasal orang-orang sekeliling aku
banyak orang baik, banyak jugak yang hanya nak ambil kesempatan atas diri kita

pasal percintaan
oh, indah nya bercinta waktu muda. tapi semuanya ditangan tuhan.
cinta datang tanpa diundang, aku pernah bercinta, tapi sekarng aku belum bersedia untuk itu pun. 

semakin kita dewasa tu juga, macam macam kesilapan yang akan kita buat
dari kesilapan tu la, kita belajar untuk lebih matang, lebih bijak menilai dan yang penting semua tu
boleh buat kita lebih matang dari masa ke masa.

macam tu jugak aku. salah pilih kawan, salah menilai manusia, salah membuat perhitungan, terlalu mempercayai orang lain dan sebagainya. 
semua tu dek kerana desakan darah mudah, tapi Alhamdulillah Allah SWT tu mmg sayang kan umatnya.

sejauh mana kita tersesat, Dia masih membuka jalan untuk kita kembali ke pangkal jalan.

Ya Allah ya Tuhanku, kau berkati lah orang disekeling aku. Berikan mereka kesenangan, bukakan pintu hati mereka, ampun dosa mereka. Amin Ya Rabbal Alamin. 


Wednesday, 14 March 2012

i am going back to school!

eh, seronoknya bila masuk alam persekolahan kan
tapi tak sama dengan alam Universiti-an
hehe disebabkan kecuaian masa lalu
terpaksa la buat balik.


ok i am learn from my own mistakes. fine.


misi aku satu je, nak dapatkan A+ untuk subjek Academic Writing or Thesis nih


well said, i'll proved it.


wish me luck. :p

Thursday, 16 February 2012

Sekali air bah, Sekali pantai berubah. Tapi kasihku tak penah berubah!

Dear Friends,
Semua dah tak sama macam dulu. Apa yang terjadi sebenarnya?
Busy ke? Tapi kita semua busy kan? Semua ada life masing-masing
Semua mengejar impian dan cita-cita masing-masing.
Tapi we are just create the excuses. Nak seribu daya.
Unless memang dah terniat dalam hati nak putuskan silaturahim ni.
Aku tau sebenarnya memang dah susah nak satukan kita balik.
Tapi tak mustahil, cuma perlukan sedikit keajaiban.
I MISSED THE OLD US :')


suka atau tak, aku cuma meluahkan.

Regards, your friend. 
YuYu Mt Isa. :')














Saturday, 31 December 2011

Tafsir Mimpi Menurut ISLAM

Assalamualaikum w.b.k.t

Tajuk kali ni, saya nak kongsi pasal MIMPI
Mimpi tu mainan tidur.. tapi mimpi tu jua kadang-kadang membawa petanda yang tertentu. 
Menurut ajaran Islam, Mimpi juga boleh ditafsirkan sbg pembawa petanda atau alamat tertentu. 


Disini saya nak kongsikan beberapa jenis mimpi2 yang biasanya kita dengar atau alami




1. Mimpi Ular
Tafsir : kalau anda belum bernikah dan mimpi digigit ular, alamatnya akan mendapat jodoh

2. Mimpi potong rambut
Tafsir : anda akan bercera dengan isteri

3. Mimpi menyelam
Tafsir : Jika anda mimpi menyelam kedalam sungai yang airnya sejuk, bermakna anda akan beroleh nikmat dunia dan akhirat.

4. Mimpi Harimau
Tafsir : Jika anda mimpi harimau datang kepada anda alamatnya anda akan beroleh kehinaan

5. Mimpi dililit ular
Tafsir :: Jika anda mimpi dililit ular seluruh badan, menandakan sesuatu yang buruk akan berlaku

6. Mimpi dikejar
Tafsir :: mimpi dikejar atau diikuti oleh pemuda bermaksud anda akan berjumpa dengan musuh

7. Mimpi Gigi
Tafsir : mimpi gigi patah menandakan ada kematian


******************************************************************************

Menurut Imam Ibnu Sirim dalam bukunya Tafsir Mimpi Menurut Islam berkata,
Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah saw tidak bermimpi melainkann mimpi baginda menjadi kenyataan.Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakanberita yang disebarkan oleh syaitan.

Dalam sebuah hadith Nabi saw telah bersabda. 
Maksudnya : Mimpi yang benar dari Allah dan mimpi yang buruk dari syaitan. 
(HR Al-Bukhari dan Muslim)



Sources :

Wednesday, 28 December 2011

Alaa ape ni kutuk-kutuk kite? OOppss!

SENYUM itu satu SEDEKAH 


ASSALAMUALAIKUM w.b.k.t


Topik saya kali ini, rasanya penah terjadi kepada semua org.. 

Paling tidak sekali dalam seumur hidup. Samada dalam sedar.. atau pun separuh sedar. 
Dalam pada masa yg sama sy juga mengingati diri sendiri :D

HAPPY READING & HAPPY SHARING :D

“Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa"
Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati”

I’m so confused..
Kenapa orang kecil kan hati kita, kita pulak yg berdosa?
Then I asked my dad what’s that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa.
Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa.
Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.
Anak: uiikk.. tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?
Ayah: Kerana orang yg menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak: *blur
Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia.
Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.
Anak: Ooooooo… ook….
Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia,…..” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.
Anak: *termakan cili

entry ni saya kongsi dari Blogger juga. ni Link Blog dia http://lukisanduniaku.wordpress.com

Untuk memperkuatkan lagi nukilan dia, saya cari la Himpunan hadis Al-Quran

Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud: 
"sesiapa yg menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripadanya pasa hari kiamat."
Hadith riwayat Ahmad dan Tarmizi
Huraian :
memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yg memalukan, menyatakan kekurangan org secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yg sangat dilarang oleh Allah SWT. 
Sesiapa yg mencaci org lain, sama la dengan mencaci dirinya sendiri. Sebaik-baiknya selaku umat Islam, kita kena hormat menghormati. Justeru, kalau kita mendengar celaan, sepatutnya bertindak melindungi sekalipun seseorang yg dicela itu mmg telah melakuakn sasuatu dosa yg mengaibkan kerana kemumgkinan org itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yg berbuat demikian ganjarannya adalah besar di akhirat kelah. Insyaallah :D



so the conclusion is..
Jangan mudah terasa hati..
Maknanya kita tak redha dengan Allah..
Nanti Allah pun tak redha dengan kita.. Na’uzubillah.

p/s:  di sini saya ingin megambil kesempatan..mohon maaf kepada semua sahabat-sahabat yang mengenali diri saya…andai ada yang terguris perasaan sepanjang persahabatan kita….maaf ya… ^_^