Apa anda akan buat bila anda naik angin?
mengamuk? menengking?
paling tidak pun anda akan keluarkan kata-kata kesat
Anggap sifat pemarah itu sebagai "paku"
setiap kali anda marah, ketukkan paku itu didinding
setelah sekian lama, sehinggalah anda dapat mengawal rasa marah
atau pun perasaan panas baran itu telah hilang
anda cabut satu per satu paku yang tertanam didinding
Apa yang anda dapat lihat didinding itu?
Dulunya dinding yang licin dan rata,
kini dipenuhi dengan lubang-lubang kesan paku
Apa kaitannya dalam kehidupan kita?
Sekali anda marah,anda akan lepas kan rasa marah itu pada sesuatu
Suami melepas kan pada isteri
isteri melepaskan pada anak-anak
anak-anak melepaskan sesama mereka adik beradik
Dan begitulah sebaliknya.
Tapi apa yang terkesan?
Rasa marah, caci maki hamun yang dikeluarkan semasa kita marah itu
akan terkesan dalam diri orang yang terkena.
Sebagai contoh :
Suami isteri bergaduh, kemudian rasa marah itu dilepaskan pada anak-anak
![]() |
marah marah, aku terasa. simpan dalam hati tau!! |
walaupun lama-kelamaan siAnak akan memaafkan ibubapa,
tetapi jauh disudut hati mereka, mereka menyimpan dendam atau rasa tidak puas hati.
Rasa dendam, kecewa, sedih dan tidak puas hati itu
umpama lubang-lubang yang terhasil daripada paku yang di cucuk didinding.
Sebanyak mana pun maaf yang anda pinta, kesan nya masih berbekas.
mereka mungkin memaafkan anda, tetapi luka nya masih terasa dan berparut.
No comments:
Post a Comment