Wednesday 28 December 2011

Alaa ape ni kutuk-kutuk kite? OOppss!

SENYUM itu satu SEDEKAH 


ASSALAMUALAIKUM w.b.k.t


Topik saya kali ini, rasanya penah terjadi kepada semua org.. 

Paling tidak sekali dalam seumur hidup. Samada dalam sedar.. atau pun separuh sedar. 
Dalam pada masa yg sama sy juga mengingati diri sendiri :D

HAPPY READING & HAPPY SHARING :D

“Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa"
Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati”

I’m so confused..
Kenapa orang kecil kan hati kita, kita pulak yg berdosa?
Then I asked my dad what’s that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa.
Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa.
Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.
Anak: uiikk.. tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?
Ayah: Kerana orang yg menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak: *blur
Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia.
Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.
Anak: Ooooooo… ook….
Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia,…..” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.
Anak: *termakan cili

entry ni saya kongsi dari Blogger juga. ni Link Blog dia http://lukisanduniaku.wordpress.com

Untuk memperkuatkan lagi nukilan dia, saya cari la Himpunan hadis Al-Quran

Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud: 
"sesiapa yg menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripadanya pasa hari kiamat."
Hadith riwayat Ahmad dan Tarmizi
Huraian :
memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yg memalukan, menyatakan kekurangan org secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yg sangat dilarang oleh Allah SWT. 
Sesiapa yg mencaci org lain, sama la dengan mencaci dirinya sendiri. Sebaik-baiknya selaku umat Islam, kita kena hormat menghormati. Justeru, kalau kita mendengar celaan, sepatutnya bertindak melindungi sekalipun seseorang yg dicela itu mmg telah melakuakn sasuatu dosa yg mengaibkan kerana kemumgkinan org itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yg berbuat demikian ganjarannya adalah besar di akhirat kelah. Insyaallah :D



so the conclusion is..
Jangan mudah terasa hati..
Maknanya kita tak redha dengan Allah..
Nanti Allah pun tak redha dengan kita.. Na’uzubillah.

p/s:  di sini saya ingin megambil kesempatan..mohon maaf kepada semua sahabat-sahabat yang mengenali diri saya…andai ada yang terguris perasaan sepanjang persahabatan kita….maaf ya… ^_^

4 comments: