Tuesday 3 April 2012

A case study : Si Pesalah dan Si Tukang Judge

Bila orang buat kesalahan, cepat je kan manusia ni judge
ada insan yang terpaksa melakukan sesuatu yang dianggap berdosa
walau apa pun sebab dia melakukan sesuatu kesalahan tu mesti bersebab


CONTOH nya :


"seorang makcik yang dah berusia 52 tahun ditangkap di satu kawasan lorong gelap dipercayai terlibat dengan kes pelacuran. makcik tu dah bayak kali ditangkap atas kes yang sama tapi tak serik dan masih mengulangi perbuatannya. makcik tu mempunyak 6 orang anak dan yang paling bongsu baru berumur 7 tahun. mak cik ni menggunakan duit hasil perbuatan melacur untuk menyara anak anak nya."


di atas adalah satu contoh situasi. 
TERUK kan mak cik tu dah tua tua pun nak melacur lagi. 
(ni la ayat nak JUDGE org)


tapi makcik tu mesti ada sebab kan nape dia buat macam tu?


1)  Kadang-kadang kat tempat bekerja ada syarikat yg limitkan umur pekerja, padahal masih banyak manusia kat luar sana yang perlukan pekerjaan, dan mereka tak kisah pun tahap kesukaran kerja tersebut,


2)  Kerana dia juga terdesak memerlukan duit. maybe sebab ni makcik tu amek jalan mudah untuk terlibat dalam pelacuran. anak anak dia masih kecil kan? mana dia nak cari duit nak  tampung hidup? sekarang nak makan, beli barang semua dah mahal. 


3) Maybe makcik tu ada masalah peribadi, atau dia dah tak diterima masyarakat, dah tak bole nak bergaul dengan masyarakat biasa? 


Atau? itu balasan atas kesilapan lalu? siapa tau masa muda dia macam mana kan


Walau apa pun yang dia lakukan. walau apa pun sebab yang diberikan. itu semua antara dia dan Tuhan. kita sebagai manusia boleh ambil ikhtibar je kot dari apa yang terjadi? 


Ambil yang baik, yang tak baik tu tak payah la nak ikut. kata korang orang bijak cerdik pandai, mesti la tau pikir mana baik dan buruk kan. dan kita sebagai manusia biasa ni tak payah la nak judge orang lain lebih lebih. tak takut ke kalau apa kita cakap kat orang tu berbalik pada diri sendiri. maybe anda titdak akan terlibat dengan aktiviti kotor, tapi anak-anak anda? generasi akan datang anda? 


Lebih baik kita berdoa kepada yang terjerumus tu supaya Allah ampun kan dia dan buka hati nya kembali ke pangkal jalan, sambil berdoa supaya diri kita, keluarga dan generasi seterusnya dijauhi benda benda tak elok ni. 


#no heart feeling ye. PEACE :)

No comments:

Post a Comment